Monday, 11 June 2018

MEMBENTUK ADAB KANAK KANAK SEMASA MAKAN.


Sempena musim perayaan yang hampir tiba, kebanyakkan masyarakat akan menganjurkan rumah terbuka. Bagaimana kita menjangkakan adab kita sebagai tuan rumah ataupun tetamu?
sudah semestinya kita semua peka terhadap adab yang kita perlu pamerkan untuk menghormati tuan rumah dan mengelakkan ketidakselesaan sesama tetamu.
Oleh itu, di CIC juga telah memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang adab dan etika ketika menghadiri sesuatu majlis, termasuk ketika berada di majlis rumah terbuka.
#BAGAIMANA PUSAT PERKEMBANGAN MINDA (CIC) MEMBENTUK ADAB KANAK-KANAK SEMASA MAKAN.
1. AMBIL MAKANAN SEKADAR YANG PERLU. 
Masa ambil makanan, jangan ikutkan nafsu. Ambil sikit dulu ikut keperluan, jika tidak cukup kemudian boleh tambah. Begitu juga dengan kuih muih atau pencuci mulut. Ambillah apa yang akan dimakan, bukan sebagai hiasan.

2. MAKAN DENGAN TERTIB.
Makanlah dengan sopan. Amalkanlah adab ketika makan seperti membaca doa, makan dalam keadaan duduk, menggunakan tangan kanan, tidak banyak bercakap ataupun gelojoh.

3. JANGAN MEMBAZIR. 
Habiskan makanan yang diambil. Kerana sikap tamak sesetengah orang, banyak makanan yang masih elok dibuang bahkan ada yang masih belum disentuh! Jauhi sikap tamak dan membazir. Kasihani tuan rumah, mereka telah mengeluarkan belanja untuk menjamu kita, tetapi kita pula membazir kerana ia diberi secara percuma. Begitu juga dengan minuman dan kertas tisu.

Allah SWT berfirman di dalam surah Al Isra ayat ke 27 :
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara syaitan, dan adalah syaitan mereka kufur kepada tuhan mereka.

No comments:

Post a Comment

Come and Join Us Now

Nak anak pandai mengaji ? - Daftar program PEMIMPIN MUDA PINTAR AL - QURAN Nak anak pandai membaca ? - Kita ada PEMIMPIN MUDA PINTAR BA...